Makhluk Beremosi

Tidak salah menyuarakan hak dan pendapat. Kematangan fungsi kognitif manusia sebenarnya bermula seawal usia 25 tahun. Dalam kes mahasiswa menuntut kebebasan hak akademik di UPSI, pada saya kedua-dua pihak sama ada mahasiswa & pihak berkuasa/parti pemerintah, ‘kurang berjaya’ menggunakan kedua-dua belah hemisfera otak dalam berfikir selain cenderung menggunakan pengaruh emosi (amygdala) dalam bertindak. Perkara itu (emotional contagion) sebenarnya menjadi perkara dasar dlm permasalahan seharian dalam muamalah bangsa Melayu di Malaysia. Kewujudan peribahasa kecil hati, sakit hati, busuk hati etc. menggambarkan betapa bangsa Melayu ini etnik yang sensitif dan mudah terguris hatinya. Sebab itu, dalam menyelesaikan masalah, kita cenderung untuk menggunakan amygdala berbanding ‘reasoning’ (pre-frontal cortex).

Dalam bidang psikiatri & psikologi, wujud istilah ‘AMUK’ suatu keadaan yang dikategorikan dlm penyakit mental (mad with uncontrollable rage) (APA, 1994) yang mana hanya terjadi di kalangan masyarakat Melayu (culture-bound syndrome). Mahasiswa terbabit perlu lebih menggunakan ‘reasoning’ selaras dengan status keintelektualannya dalam bertindak & menyuarakan hak di samping pihak polis/FRU yang perlu memperbaiki proses menangani konflik & kritikal insiden. Bukan lagi isu menambah bilangan senjata / kekuatan fizikal sebaliknya ‘menahan kemarahan’ oleh tindakan provokasi. Amygdala juga berperanan dalam tindakan polis.

Jika tidak, yang mampu terzahir hanyalah ‘sebuah episod drama’ dan ‘peperangan persepsi’. Sama ada parti pemerintah, parti lawan atau wajah masyarakat itu sendiri.

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Makhluk Beremosi

  1. Azid says:

    Apa yang buat sy terkilan apabila berita mengatakan pelajar2 itu mencederakan diri sendiri..aduhai..mereka tak tgk video rakaman ms kejadian ke?tak tgk bagaimana polis yg menyerang mereka?bukan mahu meruntuhkan mana2 pihak,tapi kita perlu membuat justifikasi siapa yg benar berdasarkan bukti yg ada.Dr Ali,lagi best kalu entri2 ni diselitkan dengan gambar2..baru ada tarikan..n izinkan sy share artikel ni.

    • Itu yang menjadi masalah apabila integriti dan sikap tanggungjawab dalam dunia kewartawanan diketepikan semata-mata untuk membela mana-mana pihak. Sehingga tanggungjawab menyampaikan maklumat & kebenaran sesuatu berita itu bukan dianggap nilai & amanah sebaliknya mengutamakan kepentingan peribadi. Sila share tetapi kurang isi ni 🙂 InsyaAllah akan diusahakan dengan presentation yg lebih menarik. Thanks Cikgu!

  2. anti UPSI says:

    hai cikgu azid..awak ni,macam baru tgk berita kt TV3 jek??
    dah berzaman dah depa reka2 laporan berita..dengar boleh,percaya jangan.
    simple as that… 🙂

  3. الرازي شهريل says:

    I like this! Apa yg rakyat marhain nampak hanyalah ‘sebuah episod drama’ dan ‘peperangan persepsi’.

  4. Azid says:

    Apabila yg disiarkan lain dr perkara yg terjadi,inilah yg akan membuka mata yg terhijab dek putar belit sebelah pihak.Mereka tak leh tipu bukti dan fakta.Aduhai semakin auta dah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s