Makhluk Beremosi

Tidak salah menyuarakan hak dan pendapat. Kematangan fungsi kognitif manusia sebenarnya bermula seawal usia 25 tahun. Dalam kes mahasiswa menuntut kebebasan hak akademik di UPSI, pada saya kedua-dua pihak sama ada mahasiswa & pihak berkuasa/parti pemerintah, ‘kurang berjaya’ menggunakan kedua-dua belah hemisfera otak dalam berfikir selain cenderung menggunakan pengaruh emosi (amygdala) dalam bertindak. Perkara itu (emotional contagion) sebenarnya menjadi perkara dasar dlm permasalahan seharian dalam muamalah bangsa Melayu di Malaysia. Kewujudan peribahasa kecil hati, sakit hati, busuk hati etc. menggambarkan betapa bangsa Melayu ini etnik yang sensitif dan mudah terguris hatinya. Sebab itu, dalam menyelesaikan masalah, kita cenderung untuk menggunakan amygdala berbanding ‘reasoning’ (pre-frontal cortex).

Dalam bidang psikiatri & psikologi, wujud istilah ‘AMUK’ suatu keadaan yang dikategorikan dlm penyakit mental (mad with uncontrollable rage) (APA, 1994) yang mana hanya terjadi di kalangan masyarakat Melayu (culture-bound syndrome). Mahasiswa terbabit perlu lebih menggunakan ‘reasoning’ selaras dengan status keintelektualannya dalam bertindak & menyuarakan hak di samping pihak polis/FRU yang perlu memperbaiki proses menangani konflik & kritikal insiden. Bukan lagi isu menambah bilangan senjata / kekuatan fizikal sebaliknya ‘menahan kemarahan’ oleh tindakan provokasi. Amygdala juga berperanan dalam tindakan polis.

Jika tidak, yang mampu terzahir hanyalah ‘sebuah episod drama’ dan ‘peperangan persepsi’. Sama ada parti pemerintah, parti lawan atau wajah masyarakat itu sendiri.

Advertisements
Posted in Uncategorized | 5 Comments

New Entry for 2012

New Entry for 2012.

Assalamualaikum w.b.t.

Telah sekian lama berhajat nak membuat blog (sejak 2007) tapi tak pernah kesampaian 😀 Alhamdulillah, 2012 mungkin titik permulaan berhajat mahu aktif dalam penulisan blog selain ber’facebook’. Ada yang mencadangkan blog lebih sesuai daripada facebook untuk kita kongsi apa yang dirasa, pengalaman dan ilmu yang kita ada etc. Oleh itu, rajin-rajin lah menyelak word press saya yang tak seberapa ini 🙂

Untuk ‘entry’ 2012 ini, saya ingin berkongsi pengalaman berada di negara orang bagaimana mereka menyambut tahun baru Masihi ini. Seperti biasa, ‘fireworks’ adalah aktiviti wajib. Di Amsterdam, saya agak terkejut kerana ‘non-stop fireworks’ (dari jam 8pm sehingga lah waktu blog ini ditulis 2am) mampu membuatkan telinga pekak & mata menjadi buta. Sempat jugaklah menjengah kawasan sekitar detik 12 malam, penuh dengan ‘letupan’ (selain aktiviti wajib dutch iaitu berparti & alkohol:-). Mercun & bunga api penuh satu van! Pada saya, itu hak mereka lah kalau nak kata bakar duit etc. Mereka sudah bekerja keras untuk diri & negara (dan penuntut asing macam saya ;D) menagih ilmu daripada negara Belanda ini. Jadi, istilah membazir pada mereka mungkin tiada kerana meraikan usaha keras mereka. Untuk kita yang masih jauh di belakang ni, beringat-ingatlah 🙂

Posted in Uncategorized | 7 Comments

New Entry for 2012

Happy New Year!

Posted in Uncategorized | Leave a comment